Tuesday, January 3, 2012

:: Hari Pertama Pra-Sekolah 2012::

Assalamualaikum... Hari ini Rabu, 4 Jan. 2012..sesi persekolahan bermula..Luqman berjaya mendapat tempat di Pra-Sekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Desaminium..Awal2 Luqman dah bangun pagi, mandi..nak bersiap2 nak ke sekolah..bersemangat sungguh..

Baru keluar rumah..


Nak masuk kete..


Luqman khusyuk mendengar ucapan alu-aluan dari cikgu pra-sekolah..ibu bapa..menghendap di luar tingkap..


tengah menikmati sarapan..luqman selama ni tak mkn kek pisang..tadi tengok elok pulak dia makan..mungkin sebab kwn2 semua mkn..dia pun makan...mkn la syg..jgn cerewet sgt okey..


~chekuna~

p/s: dah semakin besar anak mama..luqman belajar baik2 yer kat sekolah..mama-abah syg luqman...sob sob..terharu laks..(emosi ibubapa hari pertama anak sekolah)

Sunday, January 1, 2012

::Kita selalu bertanya dan Quran sudah menjawabnya.::

Assalamualaikum...

Sebagai rujukan sumber kekuatan kita semua Insya Allah :

Kita selalu bertanya dan Quran sudah menjawabnya.

Kita bertanya: Kenapa aku diuji?
~>Quran menjawab , “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,” Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.” Surah al-Ankabut, ayat 2-3.

Kita bertanya : Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
~>Quran menjawab ,” Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” [Surah al-Baqarah, ayat 216.]

Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini?
~>Quran menjawab,” Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” [Surah al-Baqarah, ayat 286.]

Kita bertanya : Kenapa kita rasa frustasi?
~>Quran menjawab ,” Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” [Surah Ali Imran , ayat 139.]

Kita bertanya : Bagaimana harus aku menghadapinya?
~>Quran menjawab,” Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” [Surah al-Baqarah ayat 45.]

Kita bertanya : Kepada siapa aku berharap?
~>Quran menjawab,” Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadanya. Hanya kepadanya aku bertawakal .” [Surah at-Taubah, ayat 129.]

Kita bertanya : Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?
~>Quran menjawab,” Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin , diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” [Surah at-Taubah , ayat 111.]

Kita berkata : Aku tak tahan!
~>Quran menjawab,”....dan janganlah kamu ber putus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” [Surah Yusuf , ayat 12.]

Kita berkata: Sampai bila aku akan merana begini?
~>Quran menjawab,” Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” [Surah al-Insyirah, ayat 5-6.]




~chekuna~

p/s: mama..renung-renung kan lah...:(

Saturday, December 31, 2011

::Happy New Year 2012::

Assalamualaikum...lama tak update blog..tup tup..dah masuk tahun baru 2012...
dan meninggalkan tahun 2011 yang penuh kenangan pahit manis yg mematangkan diri sendiri untuk meneruskan perjalanan kehidupan agar sentiasa diberkati Tuhan..

Di sini mama ingin mengucapkan "HAPPY NEW YEAR 2012". Semoga anda sentiasa berbahagia dan mencapai impian masing2..



~chekuna~

p/s: Buang yg keruh..amik yg jernih..

Thursday, September 15, 2011

::Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia 2011::

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan 54 dan Hari Malaysia 16 Sept...

"TRANSFORMASI BERJAYA..RAKYAT SEJAHTERA"




~chekuna~

p/s: luqman semangat sokmo..

Tuesday, September 13, 2011

::Wordless Wednessday::







~chekuna~
p/s: senamam muka lps bangun dr tido...:))

Sunday, September 11, 2011

::Pantang Larang Semasa Ibu Mengandung::

Assalamualaikum...




Pantang Larang Semasa Ibu Mengandung
.by Pak Ngah - Farit Ismeth Emir on Sunday, September 11, 2011 at 3:48am.

■Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak.

■Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan.

■Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan menggusiknya.

■Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.

■Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap.

■Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.

■Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.

■Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya.

■Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan.

■Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.

Selain pantang larang yang dinyatakan di atas terdapat beberapa pantang larang lagi yang bersangkut dengan suami kepada ibu mengandung:

■Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis.

■Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya.

■Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut.




~chekuna~

Thursday, September 8, 2011

::Hari Raya 2011::

Assalamualaikum....kita dah selamat beraya pada 30 Ogos'11..semalam baru kami balik dari kg..mcm lama gak cuti kat kg..terasa meriah jugak tahun ni..cuma abah luqman tak dpt balik kg..sbb kena keje tahun ni..terasa jugak ketiadaan abah di sisi..terutama luqman..mcm tak faham abah dia kena bertugas demi negara tercinta...selalu bertanya kenapa tak beraya ngan abah dia...raya ke-3 baru balik kg..tu pun mlm baru sampai..raya ke-4 baru betul2 beraya..heheheh....mama pun xde mood sgt nak amik gambar..so gambar tak byk..baru rasa ralat...:)


















~chekuna~

p/s: Tahun depan..kalau umur panjang..dapat beraya ngan abah&org baru..:)